Wednesday, July 28, 2010

Program Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim


Orang kampung!!! Selamat menyambut bulan ramadhan.. =)

Alhamdulillah, insyaAllah lagi 2minggu kita akan masuk ke sekolah pemulihan keimanan, ramadhan al mubarak. Bagaiman persediaan kawan2? Ingta, ponteng pose tadek pedahnya tau.

Hait, sempena ramdhan tahun ini insyaAllah saya telah merangka satu program berbuka bersama anak yatim. Kerangka programnya akan bermula seawal zohor dengan solat berjemaah dan kemudian sesi motivasi. Selepas Asar, akan ade majlis kecil sumbangan berupa beras, pakaian, makanan, alatulis juga wang zakat. Dan kemudian berbuka terus ke solat terawih berjemaah. InsyaAllah akan diketuai oleh vokalis kumpulan nasyid =)

kawan2 yang punyai lebihan income boleh hubungi saya untk saya sampaikan pada yang pihak pengurusan Anak Yatim.

'Anak Yatim Tanggungjawab Bersama'