Thursday, December 08, 2011

Kisah Nobita Dan Sizuka (Tidak Ditayangkan Di TV Malaysia)


Pada suatu malam di depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dengan awak tadi. Kelakar je cerita tu...Tak bosan kan?
Nobita : A’ah, tak bosan. Best!
Sizuka : Kalau best kenapa awak letakkan kepala awak kat bahu saya dan beritahu saya yang awak mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe...

Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kan awak? Kalau tak, mesti sejuk dalam tu tadi.
Nobita : A’ah...betul3! Takdelah sejuk sangat tadi bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Kalau tak sejuk, kenapa awak pegang tangan saya dan beritahu yang awak sejuk?
Nobita : Errr~ hehe...

Mereka pun menuju ke i-City...

Sizuka : Awak, saya cantik tak?
Nobita : Awak kan sayang saya...Mestilah cantik...
Sizuka : Kalau saya ni betul-betul cantik bagi awak, kenapa bila saya pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji saya cantik. Kalau saya pakai baju longgar, awak diam je...Kadang-kadang awak akan tanya saya kenapa pakai baju besar...Kalau saya pakai baju ketat, baru awak puji saya cantik...Kenapa ye?
Nobita : Errr~ hehe...

Mereka pun tiba di i-City...

Sizuka : Jom snap pic wak...Saya nak tangkap gambar awak bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la sayang. Meh sini, duduk sebelah saya. Rapat sikit, nanti tak masuk lak gambar awak.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?
Nobita : Takpe le...awak kan awek saya...
Sizuka : Awek je...bukan isteri yang sah...
Nobita : Errr~ huhu...

Sizuka : Nanti saya simpan gambar kita ni dalam laptop saya ye wak.
Nobita : Alaa...upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh...boleh ke?? tak elok la wak...Gambar tu dah la awak dan saya je...Yang ke-3 syaitan...Pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa yang kita buat...Tak malu ke?
Nobita : Errr~ huhu...

Mereka pun pulang...

Sizuka : Awak, awak sayang saya tak?
Nobita : Mestilah sayang...sayang sangat-sangat tau...haa.
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh...macam ajak bergurau je...nak saya kiss pipi awak tu ke sayang?hehe
Sizuka : Ish...apa ni? Teruknya pemikiran awak.
Nobita : Eh...Errr~ huhu...

Sizuka : Mak saya kata, kalau kita sayang sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh...mestilah! hehe...
Sizuka : Tapi awak tipu saya!
Nobita : Eh...kenapa lak saya tipu awak??
Sizuka : Kalau awak sayang saya, mestilah awak jaga saya sebaik mungkin tapi awak tak jaga saya dengan baik pun...Awak sentuh-sentuh saya, pegang tangan saya, cuba nak kiss saya, ajar saya buat benda bukan-bukan yang saya tak pernah buat sebelum ni, selalu ajak saya keluar malam-malam.
Nobita : Owh...sekarang awak nak salahkan saya la ajak awak keluar malam?? Mak ayah awak yang bagi izin tau!

Sizuka : Memang diorang yang bagi izin tapi awak tau tak yang diorang jugak yang akan tanggung dosa saya dengan awak malam-malam macam ni sebab diorang bagi izin pada saya anak perempuan diorang untuk keluar dengan lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang saya sebagai peneman pastu buat benda-benda tak senonoh! Pegang sana, pegang sini...Awak tau tak panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awak sampai terpegang tangan saya dengan sengaja, tapi neraka tu teramat panas dan tangan awak yang memegang tangan saya tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali...Awak sedar tak semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan...Then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti orang 'like', awak pun suka sebab orang tau siapa awek awak dan hubungan awak dan saya kononnya bahagia tapi awak sedar tak yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yang kita buat...Awak ada ilmu agama...Kalau takde ilmu agama pun, awak tau benda tu salah...tapi kenapa masih buat? Awak sedar tak semua tu???



Sizuka :
Ingat Allah tak waktu awak buat semua tu?? Awak tu belum tentu jodoh saya, nak sentuh-sentuh saya. Kalau da awak nak sentuh-sentuh saya, apa je yang suami saya boleh dapat special dari saya sebagai isterinya yang sah? Awak nak ke isteri awak dah macam sisa orang? Awak mesti akan cakap awak akan pastikan yang awak akan nikah dengan saya sebab tu awak boleh sentuh-sentuh saya...tapi awak sedar tak yang awak tu siapa?? Hanya hamba Allah…Awak bukan tuhan untuk tahu siapa jodoh saya dan jodoh awak...Awak sedar tak semua tu??? Kalau betul awak sayang saya, awak jagalah saya baik-baik, beri sokongan saya jadi muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana saya ni milik Allah...Ibu bapa hanya penjaga saya, mereka menjaga saya dengan penuh kasih sayang dan didikan yang baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awak untuk menjaga saya...tapi awak jaga saya tak?? Awak jaga saya tak?? tak kan...Awak bawa saya ke arah keburukan...Awak sedar tak semua tu??? Banyak lagi yang awak buat kat saya, saya pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk...Nanti kat neraka bila Allah soal saya dengan dosa-dosa maksiat yang kita buat, bukannya awak dapat backup saya depan Allah kan?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan...

Suasana bertukar menjadi suram…sehinggalah Nobita mula meluah perasaan…

Nobita : Kenapa tak dari dulu awak cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awak nak luahkan semua ni???
Sizuka : Sebab sebelum awak nak couple dengan saya, awak janji yang awak akan jaga saya baik-baik. Awak suka dengan saya pun sebab bagi awak saya baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awak turut merubah diri saya. Baru sekarang saya luah semua benda ni sebab selama ni saya sentiasa menanti agar Nobita yang dulu kembali. Nobita yang menjaga saya dengan baik. Saya tunggu Nobita tu...tunggu dan terus menunggu kerana saya sayangkan dia. Tapi semakin lama saya tunggu, semakin menjadi-jadi…Awak fikirlah baik-baik apa yang saya sampaikan…Kalau awak masih tak berubah, lepaskan saya kerana Allah...
Nobita : .......

Pesanan : kepada pasangan yang hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah kerana Allah yang menciptakannya tapi jangan sampai cinta untuk Allah itu dinodai oleh cinta manusia...menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan yang akan dilakukan...seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan...beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab...wallahu’alam~
sumber asal : AUDRALAILIEY

Friday, November 11, 2011

Saya Sedang Usaha Kecilkan Body

Zenoctil – Produk Diet Semulajadi
 
Nilah Ubat yang saya sedang makan. Hah, jgan ingat saya makan sebarang. Ubat nih saya ambil dengan pengawasan dan nasihat doktor. Mahhal juga ubat nih. Lebih kurang RM100. 
 
Seperti kata doktor, Ubat nih lebih bagus dari Duromin. Duromin dari dadah dan ubat nih lebih kepada ekstrak tumbuhan.
 
Saya pernah ambil Duromin sebelum ini. Yap, sangat kuat effect nya. Tak tertahan. Sekejap jer saya makan. Huuuu...
 
Okeh.. sesiapa yang nak tahu lebih lanjut berkenaan Zenoctil.. Sila lah sambung baca =)

Wednesday, September 07, 2011

Dapat Duit Raya!!

Eeee.. Sonoknyer! Dah tua bangka pun still dpt duit raya g. Thanks my ensem boss. Love u soo much. Keh.. Nak rerajin keje. Hahaha..

Tahun nih aku dapat kad raya gak. Still rame lagi peminat dan kekawan yang igt kat aku. Terharu sesangat.

Keh, nak rjin keje nih.
Selamat Hari Raya semua! Chiaro..
Sent from my BlackBerry® smartphone

Sunday, August 28, 2011

Cara Posting ke Blog Menggunakan Blackberry (viaemail)


Baik teman2, mungkin aku agak lewat tentang teknologi ini. Tapi aku akan kongsikan sedikit ilmu ini jika ada antara teman yang sama tertinggal bas dengan aku

Firstly perlu menggunakan web dahulu pergi ke setting. Disana korang akan jumpa Email & Mobile. Tick pada 'Yes. Show mobile template on mobile devices.'

Kemudian di kolum email notifications, korang perlu masukkan email address untuk terima email mengatakan posting telah dimasukkan ke blog korang.

Kolum posting, masukkan email korang untuk penghantaran post baru. Pastikan email ini kekal rahsia besar korang. Jika tidak blog korang akan digodam. Hahaha

Klik pada 'publish emails immediately' dan klik 'save settings'

Selesai, selamat mencuba!
Sent from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, June 08, 2011

MK Land New Development: The Rafflesia Park




The Rafflesia is the first landed property in Damansara Perdana consisting of semi-detached situated at the private enclave of Damansara Perdana, within the vicinity of the much sought after golden triangle of Petaling Jaya.


Being developed over 87-acres, The Rafflesia welcomes you to a private enclave surrounded by the natural settings of hills and a private lake with jogging track accessible to all residents. Situated by the verdant lush and quiet hill-side environment, The Rafflesia is accorded with breath taking view of the entire Petaling Jaya skyline.

With presences by the round the clock security and surveillance systems, safety takes the top most priority as you are always assured that your well being is never taken for granted.


Award-winning Developer

Developed by Saujana Triangle Sdn Bhd, a wholly-owned subsidiary of MK Land Berhad, the Rafflesia is the only prestigious landed property developed in Damansara Perdana by the group. To date, M K Land Group has sold more than 40,000 housing units worth more than RM5 billion.

M K Land was honoured for three consecutive years in The Edge’s Top Ten Property Developers Awards (2004, 2005 and 2006) as well as numerous awards for the best resorts (Langkawi Lagoon Resort and Bukit Merah Laketown Resort).

Its Perdana Condominium also located at Damansara Perdana received a Certificate of Merit in the Malaysian Construction Industry Excellence Awards 2003 from the Construction Industry Development Board (CIDB).

Please call Mr Mazli 012 398 1016 for appointment. Thank You!

Monday, May 30, 2011

Outstation Ke Tengah Hutan!!!

Salam...

Arrghh.. runsing pale otak aku nih.
dapat surat dari bery2 huge boss.

bukan surat naik gaji.
kalu surat naik gaji, i push my 'i like' button ler. =)

tapi nie surat perintah! huuuu...
kne g outstation 6hari woo.
Selalu outstation nih aka berjalan2. Best ler jugak.
Nih outstation kat tengah hutan.
hish, sapa tah ade sane. tempat jin terandang.
eeee.. seram aku!!!!

so, kawan2 sume.. start 1 June - 6 June 2011 aku xde!
xde?? xde kat alam maya nih lah..
ku merantau membawa diri ke tengah hutan..

Goodbye my pren..

Thursday, May 26, 2011

Posting Untuk Kawan Jauh Ku

Salam... hari nih khas posting untuk kawanku Emma Shafidah

Lupekan yg lame.
kamu cantek dan cute.
pasti ada yang terbaik, hensem dan kacak.
kerna dijadikan perempuan terbaik itu untuk laki terbaik.
itu janji Allah pada kita.

Haish, tak perlulah awk nak menagih kembali cinta lame.
sudah berpuluh kali die kecewekan awk.
sudah beratus janji die taburkan.
sudah beribu baldi awk menangisi.

Tak perlulah complicated sgt.
die xseswai untuk awk.
walau jauh, saya pasti.

Awk tenang, tunggu, senyum, ceria..

Ini nasehat kawanmu yang jauh!

Tuesday, May 24, 2011

IKEA Foudcourt Ditutup Untuk Disamak! Geram tul



Eeeee... terkejut dengar cerita pagi ini.
Kawan kata meatball ikea kena samak.
Hish, mcm mane nak samak makanan lak nih. Trus jenguk uncle google ty kesahihan cerita nih.

aii, bkn meatball yang kena samak tapi IKEA Foudcourt tuh kena samak.
Mungkin samtin wrong somewhere.
Tapi panas jugak lah.
Dah berbalun2 aku makan kat sane (Astaghfirullah). tup tup....
Dengar cerita gini lak.
Eish, dorg nih.....
Pasni kena lebey berhati2 lah

De dengar parlimen nak tablekan undang2 halal. Cepat2 lah yek..
Kan ke sng pakai label haram jer kat tempat non halal.
Baru orang gerun skit..
Apa macam?

Hmm..

Sedey... Sampai berjumpa lagi..

Salam Pertemuan Kembali

Salam.. pekabar semua!
tibe2 terbuak2 pulak nak update blog nih..
lame dh x jenguk.
sebuk sangat sebuk!
macam2 hal kne setelkan, dengan exam dn kehidupan..
dalam beberapa ketika, macam2 ilmu dapat.
Alhamdulillah, syukur pda yang Esa.

Sehingga bertemu kembali!

Friday, October 08, 2010